BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

selamat datang

Wednesday, 20 June 2012

Bahana Facebook !!!

Assalammualaikum semuaa..
  
   Kita tukar mood kita pada pagi ini dengan cerita-cerita sedih yang acapkali berlaku disekeliling kita.Saban hari kita dikejutkan dengan perkhabaran kurang enak didengar iaitu kes ROGOL terutama pada golongan remaja bawah umur.Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah ia terjadi disebabkan perkenalan dalam laman sosial khususnya facebook.


ok..meh saya bagi satu contoh artikel yang berkaitan dengan r.o.g.o.l yang disebabkan oleh f.a.c.e.b.o.o.k..let's check it out ~



Gadis Bawah Umur Dirogol Kenalan Facebook



MANGSA rogol (kiri) ditemubual oleh wartawan selepas mengaku dirogol kenalan di Facebook di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di Ipoh, semalam.

IPOH 5 Jun - Gara-gara keasyikan cinta Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun bukan sahaja sanggup ponteng sekolah untuk bertemu teman lelakinya malah, beberapa kali menjadi mangsa rogol suspek yang dikenalinya melalui laman sosial itu pertengahan tahun lalu.

Remaja perempuan itu pertama kali dirogol oleh remaja berusia 16 tahun pada November tahun lalu ketika dia masih berusia 12 tahun.


Mangsa memberitahu, dia mula mengenali lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Kuala Lumpur melalui Facebook pada pertengahan tahun lalu.


"Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini hari ini.


Sementara itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, keluarganya mula menyedari adiknya dirogol setelah dimaklumkan pihak sekolah bahawa mangsa sering ponteng kelas.


"Pada 25 Mei lalu, adik saya tidak pulang ke rumah dan selang dua hari selepas itu, ibu teman lelaki adik saya menghubungi ibu kami dan beritahu mangsa berada di balai polis.


"Di situ, adik saya mengaku dia telah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya secara rela hati," katanya.
Sehubungan itu, Lee berkata, isterinya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu agar polis mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan kerana adiknya masih di bawah umur.


Dalam pada itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd. Rawi Abdullah berkata, pihaknya akan membantu remaja itu mendapatkan khidmat kaunseling dengan pakar psikologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


Menurut Mohd. Rawi, kes remaja dirogol kenalan Facebook perlu dipandang serius kerana terdapat banyak kes seumpama itu berlaku kebelakangan ini.


"Pada tahun ini termasuk kes ini, saya menerima lima aduan melibatkan remaja perempuan berusia antara 13 dan 18 tahun dirogol kenalan yang baru dikenali menerusi laman Facebook. Kebanyakannya, dirogol selepas seminggu berkenalan," jelasnya


*sumber Santai Media

  Kejadian seperti ini sudah acapkali berlaku dan ia telah menunjukkan kebodohan para pengguna facebook yang mudah tertipu dengan manis mulut sang lelaki di mana-mana laman sosial atau lebih dikenali dengan cinta siber (dlu2 cinta monyet).

Dalam hal ini,orang pertama yang patut memantau perkembangan sosial para remaja ialah Ibu Bapa.Mereka adalah individu yang paling dekat dengan remaja yakni ketika di rumah.Para ibu bapa yang memberi kebebasan internet kepada anak-anak wajib memantau segala aktiviti anak-anak sewaktu mengakses internet.Antaranya adalah ::

1.Letakkan komputer di tempat terbuka yang boleh dilihat.
2.Berikan kata laluan tertentu untuk mengawal pergerakan online.
3.Jangan benarkan anak-anak memuat turun gambar,teks atau video yang tidak diketahui asal usulnya.
4.Elakkan memberi nombor kad kredit kepada anak-anak tanpa usul periksa.

Keseluruhannya,bukan ibu bapa sahaja yang perlu memainkan peranan malahan seluruh masyarakat patut berganding bahu bagi mengelakkan perkara seperti ini semakin berleluasa dan menjatuhkan peribadi banyak pihak.Sekian,till then..Assalammualaikum ~

0 comments: