BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

selamat datang

Wednesday 20 June 2012

Bahana Facebook !!!

Assalammualaikum semuaa..
  
   Kita tukar mood kita pada pagi ini dengan cerita-cerita sedih yang acapkali berlaku disekeliling kita.Saban hari kita dikejutkan dengan perkhabaran kurang enak didengar iaitu kes ROGOL terutama pada golongan remaja bawah umur.Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah ia terjadi disebabkan perkenalan dalam laman sosial khususnya facebook.


ok..meh saya bagi satu contoh artikel yang berkaitan dengan r.o.g.o.l yang disebabkan oleh f.a.c.e.b.o.o.k..let's check it out ~



Gadis Bawah Umur Dirogol Kenalan Facebook



MANGSA rogol (kiri) ditemubual oleh wartawan selepas mengaku dirogol kenalan di Facebook di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di Ipoh, semalam.

IPOH 5 Jun - Gara-gara keasyikan cinta Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun bukan sahaja sanggup ponteng sekolah untuk bertemu teman lelakinya malah, beberapa kali menjadi mangsa rogol suspek yang dikenalinya melalui laman sosial itu pertengahan tahun lalu.

Remaja perempuan itu pertama kali dirogol oleh remaja berusia 16 tahun pada November tahun lalu ketika dia masih berusia 12 tahun.


Mangsa memberitahu, dia mula mengenali lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Kuala Lumpur melalui Facebook pada pertengahan tahun lalu.


"Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini hari ini.


Sementara itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, keluarganya mula menyedari adiknya dirogol setelah dimaklumkan pihak sekolah bahawa mangsa sering ponteng kelas.


"Pada 25 Mei lalu, adik saya tidak pulang ke rumah dan selang dua hari selepas itu, ibu teman lelaki adik saya menghubungi ibu kami dan beritahu mangsa berada di balai polis.


"Di situ, adik saya mengaku dia telah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya secara rela hati," katanya.
Sehubungan itu, Lee berkata, isterinya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu agar polis mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan kerana adiknya masih di bawah umur.


Dalam pada itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd. Rawi Abdullah berkata, pihaknya akan membantu remaja itu mendapatkan khidmat kaunseling dengan pakar psikologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


Menurut Mohd. Rawi, kes remaja dirogol kenalan Facebook perlu dipandang serius kerana terdapat banyak kes seumpama itu berlaku kebelakangan ini.


"Pada tahun ini termasuk kes ini, saya menerima lima aduan melibatkan remaja perempuan berusia antara 13 dan 18 tahun dirogol kenalan yang baru dikenali menerusi laman Facebook. Kebanyakannya, dirogol selepas seminggu berkenalan," jelasnya


*sumber Santai Media

  Kejadian seperti ini sudah acapkali berlaku dan ia telah menunjukkan kebodohan para pengguna facebook yang mudah tertipu dengan manis mulut sang lelaki di mana-mana laman sosial atau lebih dikenali dengan cinta siber (dlu2 cinta monyet).

Dalam hal ini,orang pertama yang patut memantau perkembangan sosial para remaja ialah Ibu Bapa.Mereka adalah individu yang paling dekat dengan remaja yakni ketika di rumah.Para ibu bapa yang memberi kebebasan internet kepada anak-anak wajib memantau segala aktiviti anak-anak sewaktu mengakses internet.Antaranya adalah ::

1.Letakkan komputer di tempat terbuka yang boleh dilihat.
2.Berikan kata laluan tertentu untuk mengawal pergerakan online.
3.Jangan benarkan anak-anak memuat turun gambar,teks atau video yang tidak diketahui asal usulnya.
4.Elakkan memberi nombor kad kredit kepada anak-anak tanpa usul periksa.

Keseluruhannya,bukan ibu bapa sahaja yang perlu memainkan peranan malahan seluruh masyarakat patut berganding bahu bagi mengelakkan perkara seperti ini semakin berleluasa dan menjatuhkan peribadi banyak pihak.Sekian,till then..Assalammualaikum ~

Monday 18 June 2012

Katakan TIDAK pada "Jenayah Siber"

Assalammualaikum semua ~~
  Jenayah siber adalah jenayah yang dilakukan menggunakan komputer melalui rangkaian internet yang digunakan secara meluas selaras dengan peredaran zaman.


Contoh-contoh jenayah siber yang sering diperkatakan:
*Wang lesap di akaun bank
*Menceroboh masuk sistem syarikat
*Penipuan identiti
*Pemalsuan kad kredit & sebagainya...


tip mengelak dari menjadi mangsa jenayah siber


....elakkan komputer dari serangan virus.....
**biar gambar yang berbicara


.....Dapatkan semua maklumat mengenai keselamatan siber di laman web yang telus serta boleh dipercayai.....
==>>untuk maklumat lanjut sila klik sini :))


.....Kawal serta hadkan pembelian dalam talian(online).....
>>sila pastikan website yang dilawati mempunyai SSL(Secure Soket Layer),
     iVEST dan tandatangan digital<<
>>website yang mempunyai piawaian keselamatan tersebut memaparkan alamat 
     seperti  http://www.
==>>contoh::http://www.maybank2u.com.my

....Sebarang urusan atas talian yang sah mesti disertakan dengan penyata penafian(diclaimer)......
 >>Sila pastikan baca penyata tersebut sebelum mengisi sebarang borang dalam                                talian<<


....Iklan melalui pop-up window boleh dihalang dengan mengaktifkan pop-up blocker atau meletakkan alamat laman web yang tidak ingin dilawati di penetap pelayar internet(browser setting).....
**contoh pada gambar**
>>> bersama-sama dengan ini saya sertakan juga sebuah video yang berkaitan dengan jenayah siber yang semakin berleluasa khususnya di negara kita sendiri.




***Oleh itu,semua  pihak harus berganding bahu bukan sahaja bagi mengurang bahkan menyahaktif semua penjenayah siber supaya semua pengguna dapat menggunakan kemudahan siber dengan selamat***


jap2 ada satu lagik gambar niiee..hikhiks


erkk..apsal pic lambai2 tangan pulak niee..ekekkkeke
itu bermaksud atau that means..ehem..
kita dah sampai ke akhir rancangan bagi topik ini..ehehhee
baaiikklaahh..sampai sini sahaja hujah saya bg topik ini...
kita jumpa di kesenangan yang akan datang..
till then..Assalammualaikum ~~










Thursday 14 June 2012

Internet Dalam Kehidupan Seharian ...

Assalammualaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua yang skodeng belog saya nii okayy.Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menganjurkan program sebegini yang pada saya sangat mencabar terutamanya pada penduduk luar bandar seperti kami..Okayy,back to the topic u alls....
  
okay..kita akan teruuuusss ke topik utama kita pada pagi nii..cehhhh..ekekeke..

seriously,**biar gambar yang berbicara**
 
internet...internet..internet..
internet sangat sinonim dengan kemajuan dunia teknologi pada masakini.Pengguna internet seluruh dunia khususnya di Malaysia semakin ramai yang menggunakan internet bagi memudahkan segala urusan sehari-harian.Ia juga memberikan banyak manfaat kepada penduduk dunia seperti :::



***ini adalah contoh-contoh lain kebaikan penggunaan internet***

Akan tetapiiii,internet juga mendatangkan banyak keburukan kepada kita khususnya pelajar sekolah dan kanak-kanak.
  Antaranya adalah seperti berikut:::

***ini adalah contoh-contoh lain keburukan penggunaan internet***
>>sebagai seorang pegguna internet,kita seharusnya lebih berhati-hati ketika memberikan apa-apa maklumat di internet terutamanya foto di laman sosial.Selain itu,kita juga tidak boleh mempercayai 100% rakan atau maklumat yang terdapat di internet tanpa menyemaknya terlebih dahulu  bagi mengelakkan perkara-perkara negatif berlaku.<<

Walaubagaimanapun,kami percaya bahawa internet memberi lebih banyak "KEBAIKAN" berbanding "KEBURUKAN" kepada penggunanya.

merujuk gambar di atas,negara kita akan sentiasa ketinggalan jauh di belakang jika tiada akses internet di kawasan bandar mahupun luar bandar.Internet yang menggerakkan minda kita seinci lebih ke hadapan dan kerana itulah kejayaan internet dunia semakin ketara dari segi teknologi maklumat.

  Oleh itu,dalam arus kemodenan kini kita seharusnya menghargai internet serta menggunakannya untuk kebaikan dan tidak sebaliknya supaya kejadian-kejadian yang lalu tidak berulang lagi buat masa ini serta di masa-masa akan datang.

   Akhir sekali,saya sekali lagi berharap agar program 1citizen ini dapat dianjurkan lagi bagi menajamkan minda para pengakses internet dunia.Baiklah,sampai sini saja artikel tidak berbayar dari saya ini..huehuehue
okay,till then.Assalammualaikum dan jumpa lagi ~~